Ahli Kelab LCSS

Thursday, May 10, 2012

Apam Ladybug...

Cer tengok apam yang comei nih...sangat comei kann.. terima kasih kepada Akie Zecky yang telah menempah 100 bijik apam lagybug untuk makan2 sempena reunion kecil kengkawan.

Ladybug yang comei..sedapnye
Pelbagai filling sedia untuk anda

 comeinye

Wednesday, April 4, 2012

blueberry Cheesetart untuk majlis bertunang

Alhamdulillah tempahan semakin bertambah sejak akhir akhir nih...Kali ini blueberry cheese tart ditempah oleh Chef Sue dan Chef Apis untuk majlis pertunangan mereka..Selamat bertunang. Majlis pertunangan selamat di jalankan pada 31 March 2012.. Blueberry cheesetart ini di letakkan dalam kotak kayu yang ditempah khas untuk menyerikan lagi hantaran pertunangan mereka..














Terima kasih sue dan Apis..



















apam polkadot














pelbagai karekter apam polkadot diorder oleh lin. Lin sangat suka apam polkadot jadi saya buatkan pelbagai design apam untuk lin.Terima kasih lin...nanti order lagi yek.










blueberry cheese tart sedia menerima peminat...





salam Kawan2,,
















Ini satu lagi order dari rin dan aliya.. blueberry cheesetart.
























Hot from oven...nyum nyum nyum










terima kasih aleya dan rin















Semoga anda berpuas hati dan makan dengan enak2 ye










Wednesday, March 28, 2012

lolichoc sedia untuk dihantar ke seremban dan klang



salam sume...






Alhamdulillah rezeki dari Allah mencurah2









Ini Lollichoc yang ditempah oleh Mamam Bakery dan sedia dihantar...






Tuesday, March 20, 2012

blueberry cheese tart







Ini la blueberry cheese tart yang telah diorder oleh sabri...




















Thank you Sabri...










Sedap order lagi ye...















Sunday, March 18, 2012

Coklat



Ini pulak order coklat dari Wani untuk besday sahabatnye

Happy besday Nisa....


Terima kasih Wani

Chilled Blueberry Cheese cake

Kali ini order 1 kg blueberry cheese cake dari Zhu...Terima kasih zhu


Happy 1st met anniversary yang ke 3..


Len kali order lagi yek...

Thursday, March 10, 2011

Sponge bob n the sexy's cake

Opppsss....Spongebob and the sexy's boob cupcake ditempah oleh cik D...hihihi...segan nak tunjuk gambar nih sebenarnye..ok lah tq cik D. Flavour coklat.







Princess Cake kak Shanoor

Dear All...

Ni dia kek princess yang aku buat aritu..Mencabar jugak la nak buat nye..lain la gak dari gambar kak shanoor bagi..heheheh..Flavour chocolate ..ok kak sha...tq for your order. Kat tepi2 tu saje aku taruk butter cupcake. Lupa plak...Happy birthday Dania..Happy birthday ke 4 tahun..


Wednesday, February 23, 2011

Kek Princess untuk kak shahnoor

order terbaru dari kak shahnoor untuk bday anaknye yang tersayang...Ni aku blum buat lagi...Ni gambar yang kak shahnooor bagi aku...so aku ingat nak tempek la kat sini....hasilnye korang kena la tunggu ye...aku akan letakkan hasilnye dalam nih..sebb kena siapkan sebelum 6hb March nih...Kak shahnoor nak datang umah amik...

Kek flavour: chocolate moist cake..

deco..Kak shahnoor nak yang macam nih

Ni la kek princess request by kak Shahnoor..So aku punya cabaran adalah membuat kek ni sama mcm kak shahnoor punya request...boleh tak?...Boleh..InsyaAllah..Malaysia boleh!!! Chaiyyok..Kita tunggu...5 hb ni ok..chow..

Wednesday, October 20, 2010

roti sosej

Ari tu ada buat roti sosej order dari kakak yang jual kat ktm tu..

Gambar sebelum di masak
Selepas di masak...inilah hasilnye



Blueberry cheese kek order from nananana




Nana order blueberry cheesecake ni masa open house kat umah kakaknye. Tq nana. Lain kali order lagi.




Tuesday, October 19, 2010

chocolate cake






Kek coklat ni di order oleh team mate office. Lambat plaks nak update..

Blueberry cheese kek


Order terbaru bluebery cheese kek dari Kak Su untuk birthday Saras. Selamat menjamu selera.. Semoga berpuas hati..kak Su lain kali order lagi ek..


Resepi Cheese cake

Anda minat nak makan cheese cake.. Kat sini boleh la kita berkongsi resepi bersama...

Untuk baked cheese cake yang sizenye 7 inchi.

Bahan - bahannya:

250 gram cream cheese
300 ml whipping cream
125 gram gula kastor
Perahan lemon secukup rasa
2 biji telur size besar

Cara caranya :

1. Pukul cream cheese dan gula sehingga gebu
2. Masukkan telur dan whipping cream pukul lagi sehingga sebati
3. Masukkan perahan lemon
4. Masukkan adunan tadi dalam acuan 7 inchi
5. Bakar menggunakan teknik water bath (Lapik acuan dengan loyang yang diisi air)
6. Gunakan suhu oven pada 130 darjah celcius selama 3 jam. Lepas bahagian atas nampak kuning keemasan offkan oven dan biar cheese cake dalam oven selama 20 minit.

Lepas tu...masukkan dalam peti sejuk dan biarkan sejuk..lepas dah sejuk letakkan apa2 topping di atas kek..blueberry ke ataupun apa sahaja yang anda suka..dah boleh makan...


senang je kan...kalau malas nak buat order je, dapat terus makan...

Kelas asas membina blog

Anda masih tak tahu bagaimana membina laman blog anda sendiri? Jangan risau dan resah. Pelajari asas teknik membina laman blog yang menarik. Dalam kelas ini anda akan mempelajari bagaimana membina blog, membuat template & menggunakan gadget-gadget asas blogger. Dari cara posting, setting, upload gambar, label, widget dan sebagainya. Bawa pulang ilmu yang anda pelajari ke rumah anda dan tentunya anda akan berpuas hati apabila mampu memiliki sebuah laman web anda sendiri dengan teknik yang anda pelajari dari kami.

Category: Beginner
Time: 3 hours
Fees: RM100 seorang

Sila bawa pen, buku nota & laptop
Minuman ringan disediakan

Kelas ini hanya diadakan pada weekend sahaja.

Sila emel dan nyatakan tarikh pilihan anda.
Anda akan pelajari:-- mendaftar dengan blogger- customize dan mencantikkan layout dengan pelbagai pilihan template- mengenali fungsi2 blogger seperti membuat post, upload gambar, label dan sebagainya.-
menambah chatbox, calendar, Visitor Counter dan sebagainya-
bagaimana untuk promote blog-

BONUS: membuat watermark pada photo

Friday, October 15, 2010

liverpool cupcake

Salam kawan2..



Order cupcake dari nani punyer adik....comot sket la dik..akak akan improvekan di masa akan datang...maklum la akak ni golongan novice je...adik order lagi nanti akak bagi diskaun sebagai pelanggan setia wokeh...heheheeh



Terima kasih daun keladi...kalau sedap order la lagi...semoga berpuas hati...ye..







Gambarnye:




Tq

Sunday, September 26, 2010

Tempahan Kek bertunang







Dah lama tak update. bz skit. Satu hari sebelum raya aidilfitri. tempahan dari Kema untuk majlis pertunangan abangnye. Kema kata nak antar ke Terengganu. Inilah hasilnya kek fondant + cupcake untuk hantaran pertunangannye..simple and sedap katanya..terima kasih Kema.
Tempahan seterusnya dari Kema untuk bulan 6 tahun depan. Majlis kahwin abangnye pulak...Alhamdulillah..Ok kema, akak dah book jadual untuk kema.






Tuesday, August 24, 2010

Peach and Mangoes Cake


Peach and mangoes cake ni buat for the one year old boy..Mustaqim. So happy viewing..