Ahli Kelab LCSS

Tuesday, October 19, 2010

Resepi Cheese cake

Anda minat nak makan cheese cake.. Kat sini boleh la kita berkongsi resepi bersama...

Untuk baked cheese cake yang sizenye 7 inchi.

Bahan - bahannya:

250 gram cream cheese
300 ml whipping cream
125 gram gula kastor
Perahan lemon secukup rasa
2 biji telur size besar

Cara caranya :

1. Pukul cream cheese dan gula sehingga gebu
2. Masukkan telur dan whipping cream pukul lagi sehingga sebati
3. Masukkan perahan lemon
4. Masukkan adunan tadi dalam acuan 7 inchi
5. Bakar menggunakan teknik water bath (Lapik acuan dengan loyang yang diisi air)
6. Gunakan suhu oven pada 130 darjah celcius selama 3 jam. Lepas bahagian atas nampak kuning keemasan offkan oven dan biar cheese cake dalam oven selama 20 minit.

Lepas tu...masukkan dalam peti sejuk dan biarkan sejuk..lepas dah sejuk letakkan apa2 topping di atas kek..blueberry ke ataupun apa sahaja yang anda suka..dah boleh makan...


senang je kan...kalau malas nak buat order je, dapat terus makan...

0 comments:

Post a Comment